Shah Alam: Anggota bomba dan penyelamat membantu membawa turun seorang wanita berusia 52 tahun yang pengsan di rumahnya di tingkat empat Pangsapuri Melawati, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, wanita berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya berkata, mereka menerima panggilan daripada pihak ambulans bagi bantuan khidmat khas untuk membawa turun mangsa yang pengsan
di rumahnya.

“Enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikerahkan bagi membantu membawa turun mangsa dari pangsapuri yang tidak mempunyai lif itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 5:40 AM