SUAMI Nad Zainal, Muhammad Faliq bersama bayi mereka.
SUAMI Nad Zainal, Muhammad Faliq bersama bayi mereka.

Kuala Lumpur: Pelakon Nad Zainal selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 11.38 malam kelmarin.

Nad, 26, berkata, bayi lelaki yang diberi nama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq itu dilahirkan secara pembedahan.

“Pada mulanya saya berharap dapat bersalin secara normal, tetapi apabila dimaklumkan doktor bayi dalam kandungan hampir lemas jadi saya terpaksa dibedah.

“Ketika itu memang agak cemas. Cuma apa yang saya boleh lakukan adalah terus berdoa. Alhamdulillah, proses pembedahan mengambil masa dua jam. Apa yang penting bayi saya selamat dan sihat,” katanya kepada Metro Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 5:17 AM