KERETA berhias  dan motosikal berkonvoi  mengelilingi pekan Chenderiang.
KERETA berhias dan motosikal berkonvoi mengelilingi pekan Chenderiang.
Balqis Jazimah Zahari


Tapah: Lebih 20 kereta berhias dengan diiringi 59 motosikal berkonvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang mengelilingi pekan Chenderiang, dekat sini, sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) negeri Perak Tahun 2016.

Konvoi itu berarak sejauh lebih satu kilometer bermula dari Dewan Komuniti hingga ke Sekolah Kebangsaan (SK) Chenderiang, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, hadir bagi melancarkan program dan melepaskan peserta konvoi berkenaan, di sini kelmarin.

Dr Mah ketika berucap berkata, program itu menggalakkan rakyat berbilang kaum mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh pelusuk kawasan rukun tetangga dan kampung.

“Kempen ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang dianuti, warna kulit, pangkat dan darjat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 5:39 AM