SEKUMPULAN anak muda dari Mukim Pasir Tumboh  bertungkus-lumus menghasilkan wau puyuh gergasi bercorak Jalur Gemilang.
SEKUMPULAN anak muda dari Mukim Pasir Tumboh bertungkus-lumus menghasilkan wau puyuh gergasi bercorak Jalur Gemilang.
WAU gergasi berukuran lima meter lebar ini disiapkan dengan bantuan dan kerjasama daripada 10 tenaga kerja Mukim Pasir Tumboh yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Ingin tampil dengan kelainan sempena Kemerdekaan Malaysia ke-59 tahun ini, sekumpulan belia, di sini mengambil pendekatan menghasilkan wau puyuh gergasi bercorak Jalur Gemilang.

Menurut Ketuanya, Mohd Shahril Zahari, 41, wau dipilih kerana sinonim dengan Kelantan dan idea menggunakan Jalur Gemilang pula sebagai lambang kesetiaan kepada negara dan patriotisme.

Katanya, mereka menghasilkan wau gergasi yang mempunyai kelebaran sehingga lima meter dan akan dinaikkan di Pantai Seri Tujoh, Tumpat menjelang ambang merdeka.

“Seramai 20 individu akan digunakan untuk menaikkan wau gergasi itu pada ambang merdeka nanti.

“Kami juga berhajat menaikkan 59 jenis wau lagi ketika majlis itu nanti hasil kerja tangan pembuat wau dari mukim Kota Lama dan Bunut Payong.

“Wau gergasi ini dibuat secara gotong royong oleh 10 belia Mukim Pasir Tumboh yang berumur antara 18 hingga 41 tahun.

“Kami juga menerima peruntukan sebanyak RM1,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Kelantan untuk projek wau ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Rupek, di sini, kelmarin.

Beliau berkata sebelum ini pernah mewakili Belia Kampung Sireh untuk membuat wau gergasi berukuran enam meter yang turut direkodkan dalam Malaysia Book of Records pada 1996 .

Mohd Shahril berkata, sebulan diperlukan untuk menyiapkan kerangka wau termasuk mengeringkan buluh selama lebih dua minggu untuk dapatkan bentuk yang dikehendaki.

“Dalam proses menyiapkan kerangka ini, kami perlu mencuba menaikkannya beberapa kali untuk menilai keseimbangan antara bahagian kiri dan kanan sayap serta kekuatan buluh.

“Selepas itu barulah boleh ditampal dengan plastik dan pelekat. Sekurang-kurangnya tiga jam sehari kami manfaatkan untuk pembuatan wau disebabkan masing-masing mempunyai komitmen lain.

“Kemahiran, ketekunan serta kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk membuat wau ini,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pembuatan wau.

Beliau turut berhajat menghasilkan wau gergasi yang lebih besar di masa depan demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan belia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 10:26 AM