FOTO Hamzah Osman
FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Seratus ribu Jalur Gemilang diagihkan kepada orang ramai di seluruh negeri bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-59.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim, berkata pemberian bendera percuma itu bertujuan mengajak rakyat bersama-sama memperlihatkan semangat kecintaan kepada tanah air.

"Semua bendera itu diharap dapat dipasang pada bangunan, kenderaan, premis perniagaan dan kediaman mereka sepanjang sebulan tempoh sambutan," katanya selepas pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Langkawi di Kampung Huma,

Mukim Ayer Hangat, di sini, hari ini.

Sempena acara itu, Badrol Hisham turut melepaskan 800 peserta terdiri daripada ketua jabatan kerajaan dan swasta, pelajar serta penduduk yang menyertai Kayuhan Merdeka sejauh tiga kilometer.

Turut hadir, Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat dan Penghulu Mukim Ayer Hangat, Abdul Malik Abdul Aziz.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri berkata, antara program lain yang diadakan termasuk majlis bacaan yasin, sambutan ambang merdeka dan perarakan hari kebangsaan peringkat negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 11:06 AM