Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: “Kami teruja dan bertuah dipilih sebagai penerima sumbangan ini sekali gus merai dan menceriakan 67 penghuni Taman Sinar Harapan Bukit Besar (TSHBB) itu,” kata Pengetua TSHBB Fakrul Radhi Abdul Aziz pada majlis ringkas penyerahan sumbangan Harian Metro, di sini.

Pada majlis itu, sebanyak lapan Kotak Rezeki diserahkan Ketua Biro Harian Metro Isma Ismail bersama Pengurus Affin Islamic Bank Cawangan Terengganu Roslee Ramli kepada Fakrul sambil disaksikan penghuni TSHBB itu.

Fakrul berkata, pihaknya berbesar hati apabila pihak Harian Metro memilih TSHBB sebagai penerima agihan #HMKotakRezeki itu.

“Sumbangan diberikan memberi manfaat kepada penghuni selain menceriakan anak kurang bernasib baik yang tinggal di TSHBB itu.

“Kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai itu dan pemberian yang diterima kali ini sangat berlainan kerana kotak yang dipanggil #HMKotakRezeki itu sangat menarik,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebaik diberitahu Harian Metro mengenai program penyerahan itu, dia tertanya-tanya mengenai isi #HMKotakRezeki itu.

“Nama #HMKotakRezeki yang diberikan itu sungguh unik dan meraih perhatian dan ia memang memberi impak positif kepada penerima,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 11:06 AM
FAKRUL (kiri),  Roslee (dua dari kiri) dan Isma  (tiga dari kiri) bersama penghuni Taman Sinar Harapan melihat barangan keperluan harian yang terdapat dalam #HMKotakRezeki.
FAKRUL (kiri), Roslee (dua dari kiri) dan Isma (tiga dari kiri) bersama penghuni Taman Sinar Harapan melihat barangan keperluan harian yang terdapat dalam #HMKotakRezeki.
ROSLEE (tengah) dan Isma menyerahkan sumbangan kepada  Fakrul.
ROSLEE (tengah) dan Isma menyerahkan sumbangan kepada Fakrul.