JALAL Ali (empat dari kiri) menyerahkan #HMKotakRezeki kepada Yahaya Madis (enam dari kiri) di Ipoh.
JALAL Ali (empat dari kiri) menyerahkan #HMKotakRezeki kepada Yahaya Madis (enam dari kiri) di Ipoh.
Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Dua pasukan keselamatan dan bantuan iaitu Jabatan Bomba serta Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Akademi Tentera Udara (ATU) menjadi antara penerima sumbangan #HMKotakRezeki di negeri ini.

Ia sebagai tanda menghargai pengorbanan anggota terbabit bertugas tanpa mengira masa demi menjaga keamanan dan keselamatan serta membantu ketika kecemasan dan bencana negara.

Sebanyak 350 #HMKotakRezeki yang mengandungi juadah berbuka puasa diagihkan kepada anggota JBPM Perak dan ATU yang bertugas ketika waktu berbuka puasa.

Penyerahan #HMKotakRezeki itu disampaikan Ketua Biro The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Perak Jalal Ali Mohd Abdul Rahim kepada Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis dan Komandan ATU Kolonel Abdul Nazar Abdul Hamid.

Yahya ketika ditemui menzahirkan ucapan terima kasih kepada HM yang sudi menyampaikan #HMKotakRezeki dan tidak pernah melupakan JBPM Perak setiap tahun.

Katanya, semua Kotak Rezeki akan diagihkan kepada anggota bomba bertugas ketika waktu berbuka.

“Setiap tahun HM mesti menyampaikan sumbangan ini kepada bomba dan kami menghargai sumbangan ini kerana tidak melupakan pasukan keselamatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 10:17 AM