DUA lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik  di kedai kitar semula di Jalan Bagan Lalang, Butterworth.
DUA lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kedai kitar semula di Jalan Bagan Lalang, Butterworth.

Butterworth: Dua beradik lelaki berusia 35 dan 37 tahun maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah kilang kitar semula di Jalan Bagan Lalang, Butterworth jam 9.15 malam, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Koi Kok Leng, 35, dan Koi Ang Leng, 37, dikatakan memeriksa kawasan berkenaan yang didakwa berlaku kebocoran elektrik.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Faizwan Che Amat berkata, difahamkan sebelum kejadian seorang pekerjanya mengesan arus elektrik di kawasan berkenaan sebelum majikannya yang juga salah seorang mangsa memeriksa menggunakan ‘test pen’.

Menurutnya, majikannya difahamkan memegang kawasan berkenaan menyebabkannya terkena renjatan.

“Pekerjanya yang melihat kejadian memaklumkannya kepada seorang lagi majikannya yang juga saudara mangsa sebelum dia memegang mangsa yang jatuh menyebabkan dia juga terkena renjatan elektrik.”

Kedua-dua mereka yang direnjat maut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 11:49 AM