buah peria tergantung di kebun sayuran  Surau Taman Pekan Baru gamit pengunjung.
buah peria tergantung di kebun sayuran Surau Taman Pekan Baru gamit pengunjung.
Abdul Mukti (dua dari kanan) bersama ahli kariah melihat tanaman.
Abdul Mukti (dua dari kanan) bersama ahli kariah melihat tanaman.
PEMBELI berpuas hati dengan hasil tanaman dibeli.
PEMBELI berpuas hati dengan hasil tanaman dibeli.
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Parit Buntar: Surau Taman Pekan Baru, di sini, mempunyai keunikannya sendiri apabila tanah lapang dan terbiar di sekitar surau berkenaan dimanfaatkan jawatankuasa surau dengan mewujudkan tanaman sayuran organik serta tanaman kontan.

Selain menjana pendapatan surau dan penduduk tempatan melalui hasil yang diperoleh daripada penjualan sayur berkenaan, ia juga menarik pengunjung untuk melihat sendiri tanaman berkenaan yang dipanggil Cameron Highlands kecil oleh penduduk.

Timbalan Pengerusinya Abdul Mukti Abdul Latiff berkata, usaha mewujudkan tanaman berkenaan dimulakan April tahun lalu selepas ahli jawatankuasa surau bersepakat menjadikan tapak terbiar berkenaan sebagai kebun sayur.

Menurutnya, komitmen penuh ditunjukkan menjayakan projek berkenaan selepas melihat potensi menjana ekonomi surau melalui hasil penjualan sayur berkenaan.

“Peringkat awal, kami menanam kangkung diikuti penggiliran tanaman sawi, bayam dan kubis di kawasan hadapan surau. Surau membiayai sepenuhnya modal untuk melaksanakan projek perintis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:09 AM