ABDUL Fattah (kanan) bersama Mohd Fadzil Abdul Ghani menandatangani plak perasmian pada Majlis Pelancaran Media Travel & Holidays Sdn Bhd di Balai Berita NSTP, Kuala Lumpur.
ABDUL Fattah (kanan) bersama Mohd Fadzil Abdul Ghani menandatangani plak perasmian pada Majlis Pelancaran Media Travel & Holidays Sdn Bhd di Balai Berita NSTP, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Koperasi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengorak langkah dengan menceburi bidang pelancongan sebagai satu teras perniagaan baru dengan penubuhan syarikat Media Travel & Holidays Sdn Bhd.

Presiden Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA amat berbangga dengan pencapaian Koperasi NSTP yang aktif mencari peluang perniagaan baru khususnya membabitkan bidang keberhasilan utama melalui peneraju sektor iaitu kategori Pelancongan, Kesihatan dan Penjagaan Diri.

“Langkah koperasi NSTP terbabit dalam bidang perniagaan baru adalah satu transformasi yang memberi impak perolehan kepada koperasi iaitu dengan aktiviti perniagaan berasaskan pelancongan termasuk tempahan dan pembelian tiket penerbangan, sewaan pengangkutan serta penyediaan pakej pelancongan dalam dan luar negara.

Katanya, ANGKASA berharap koperasi mempunyai landasan yang lebih terbuka dan khusus untuk menyampaikan idea pembangunan koperasi yang kreatif dan inovatif termasuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negara ini.

Turut hadir Pengerusi Koperasi NSTP Mohd Fadzil Abdul Ghani dan Pengarah Media Travel & Holidays Sdn Bhd Abdul Rahim Ismail. Beberapa kaunter pelancongan termasuk The Woods, Legoland Malaysia Resort, Holiday Villa Sdn Bhd, Koperasi NSTP dan ANGKASA turut dibuka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 8:59 AM