Langkah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Dasar Pindah Kredit menerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bukan saja membantu pelajar malah berupaya menarik bakal profesional itu untuk berkhidmat dalam negara.

Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (United Kingdom) Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata, inisiatif yang diambil itu akan menguntungkan kerajaan selain meringankan bebanan kos yang terpaksa ditanggung pelajar di luar negara khususnya pelajar bukan tajaan.

“Ini satu langkah baik untuk menangani kejatuhan mata wang ringgit. Namun saya melihat ini juga memberi kelebihan kepada kerajaan untuk menarik pelajar kembali ke Malaysia dan menyumbang kepada negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 6:03 AM