Lim Su See
Lim Su See
Oleh Suraya Roslan dan Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Seorang lagi rakyat Malaysia, Lim Su See, 52, disahkan meninggal dunia dalam serangan bom di Kuil Erawan menjadikan jumlah terkini terkorban kepada lima orang.

Perkara itu disahkan Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain ketika dihubungi sebentar tadi.

“Pihak berkuasa Thailand menemui mayat mangsa lewat malam tadi,” katanya.

Nazirah berkata, mangsa mempunyai kerakyatan penduduk tetap Singapura dan menetap di negara republik itu.

“Proses pengecaman sedang dijalankan untuk mengetahui dan mengesahkan identiti mangsa dengan ahli keluarga,” katanya.

Difahamkan mangsa adalah kakak kepada Lim Saw Gek, 49, yang turut terbunuh dalam insiden itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 2:38 PM