FISOL (berdiri, dua dari kanan) bersama kakitangan TH di Kaunter Khidmat Pelanggan di Madinah.
FISOL (berdiri, dua dari kanan) bersama kakitangan TH di Kaunter Khidmat Pelanggan di Madinah.

Madinah: Buat pertama kalinya, Tabung Haji (TH) memperkenalkan Kaunter Khidmat Pelanggan, di sini, bagi membantu jemaah haji supaya terus fokus selain bersedia sebelum bertolak ke Makkah.

Pengurus Zon Satu TH Madinah Fisol Nayan berkata, khidmat kaunter yang beroperasi 24 jam itu bagi membantu keperluan jemaah haji yang berdepan masalah teknikal, logistik dan psikologi.

“Alhamdulillah pada tahun ini di peringkat zon, kita memperkenalkan Kaunter Khidmat Pelanggan yang sebelum ini hanya disediakan di Makkah.

“Kita berharap dengan wujudnya kaunter pelanggan ini, semua permasalahan jemaah haji akan cuba diselesaikan segera,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, jika jemaah haji mempunyai sebarang masalah, mereka boleh mengadu terus kepada petugas di kaunter atau Pusat Perkhidmatan Zon 1 di Tingkat M, Hotel Al-Haram.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 8:57 AM