Mohammad Azlan  (empat dari kiri)  beramah mesra bersama kakitangan yang bakal menunaikan haji selepas majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Surau NSTP.
Mohammad Azlan (empat dari kiri) beramah mesra bersama kakitangan yang bakal menunaikan haji selepas majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Surau NSTP.

Kuala Lumpur: Empat kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang menunaikan haji tahun ini diraikan dalam satu majlis doa selamat semalam.

Mereka ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali, Ketua Jualan Terus Jabatan Pengiklanan NSTP Zainuddin Khir, Pengarang Rencana Harian Metro Roslan Ibrahim dan Penyunting Eksekutif Harian Metro Mazlan Ohkom.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih menunaikan haji tahun ini di sebalik kekangan kuota jemaah yang terhad bagi setiap negara.

Menurutnya, kakitangan yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci perlu memasang niat dengan mendaftar dan berdoa supaya dapat sama-sama menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Kami mendoakan empat bakal jemaah haji NSTP dan semua umat Islam yang terbabit dapat menunaikan ibadat haji dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Sentiasalah berfikiran positif dan ambil pengajaran untuk memperbaiki diri. Apa yang dipohon ialah doakan kita semua termasuk syarikat dan negara lebih sejahtera serta makmur,” katanya di Surau NSTP, Balai Berita, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan New Straits Times Mustapha Kamil Mohd Janor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 8:55 AM