SULTAN Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah bergambar kenangan dengan Sekretariat KMJ 2015 pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2015 edisi ke-18 di Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini.
SULTAN Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah bergambar kenangan dengan Sekretariat KMJ 2015 pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor 2015 edisi ke-18 di Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini.
Oleh Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 edisi ke-18 menutup tirainya, semalam dengan Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, menjadi persinggahan terakhir dilawati kerabat istana Johor.

Ketibaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bersama rombongan KMJ 2015 di destinasi terakhir itu kira-kira jam 2.30 petang semalam disambut kira-kira 2,000 rakyat di negeri itu dengan kibaran bendera negeri.

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim kemudian berkenan menyampaikan cenderahati kepada ketua jabatan serta Sekretariat KMJ 2015 diikuti jamuan diraja yang diadakan di tapak khemah disediakan.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 8:04 AM