Sebahagian  anggota polis Bukit Aman keluar selepas menggeledah pejabat BOK SPRM di Menara Prisma, Presint 3 Putrajaya.
Sebahagian anggota polis Bukit Aman keluar selepas menggeledah pejabat BOK SPRM di Menara Prisma, Presint 3 Putrajaya.

Putrajaya: Sepasukan polis dari Bukit Aman menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara Prisma, Presint 3, di sini, semalam.

Operasi geledah itu dipercayai bagi mendapatkan dokumen yang ada kaitan dengan kebocoran maklumat draf pertuduhan SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Sepasukan pegawai polis dilihat memasuki pejabat BOK SPRM di aras tujuh menara berkenaan kira-kira jam 7 malam bagi menggeledah pejabat berkenaan sebelum beredar sejam kemudian dengan menaiki dua kenderaan polis jenis Proton Preve.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 9:00 AM