NUR Adilah (kiri) dan Hanani Awaluddin membeli tudung selepas hari raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
NUR Adilah (kiri) dan Hanani Awaluddin membeli tudung selepas hari raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan sekitarnya masih menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah biarpun sudah memasuki hari keempat Aidilfitri.

Kakitangan swasta, Nur Adilah Osman, 25, berkata, dia lebih selesa membeli-belah selepas 1 Syawal kerana kurang sesak berbanding pada awal dan akhir Ramadan.

“Kebetulan pula rumah saya terletak berhampiran ibu kota dan memudahkan saya untuk membeli-belah selepas selesai beraya di rumah saudara-mara dan kenalan.

“Bagi saya, ini adalah waktu paling sesuai untuk membeli-belah bagi mereka yang mementingkan keselesaan, selain masih berpeluang menikmati potongan harga yang ditawarkan pada bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro di Jalan TAR dan Jalan Masjid India mendapati orang ramai dari seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan baju raya terkini biarpun selepas 1 Syawal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 6:30 AM