TERDAPAT pelbagai jenis pakaian terpakai yang boleh dipilih pelanggan.
TERDAPAT pelbagai jenis pakaian terpakai yang boleh dipilih pelanggan.
KASUT terpakai turut menjadi pilihan  untuk digayakan pada hari lebaran .
KASUT terpakai turut menjadi pilihan untuk digayakan pada hari lebaran .
Oleh Fazurawati Che Lah

Kuala Lumpur: Pakaian terpakai atau lebih dikenali bundle masih menjadi pilihan orang ramai untuk digayakan sempena hari raya.

Bukan kerana tidak mampu atau tidak sukakan sesuatu yang baru, tapi kerana nilai yang mereka dapat itu lebih daripada apa yang mereka bayar.

Tinjauan ke sebuah gedung pakaian, kasut dan beg terpakai di Kuang, Sungai Buloh iaitu Ong Bundle mendapati ramai pengunjung ke kedai itu untuk mendapatkan pakaian terpakai berjenama.

Pengunjung Mohamad Alif Agus, 22, berkata, dia memilih untuk membeli pakaian terpakai sempena hari raya ini kerana kualitinya tidak jauh berbeza dengan pakaian baru.

“Sebenarnya kalau saya beli yang baru, saya tidak akan dapat jenis yang ada ditawarkan di kedai bundle ini. Ini kerana semua baju bundle ini diimport dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 8:48 AM