PERWAKILAN beratur mendapatkan kertas undi untuk memilih  kepemimpinan PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.
PERWAKILAN beratur mendapatkan kertas undi untuk memilih kepemimpinan PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.

Kuala Selangor: “Dewan Ulama bertegas dalam isu PAS-DAP supaya PAS tidak terus diperlakukan sesuka hati oleh parti itu. Ini adalah tugas Dewan Ulama kerana ia adalah sayap paling kanan,” kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfouz Mohamad.

Beliau menegaskan usul yang diluluskan sebulat suara supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP atas kesedaran bahawa sudah tiba masanya parti itu diajar supaya menghormati sekutu dalam pakatan khususnya PAS.

Katanya, parti pembangkang Melayu Islam kedua terbesar negara itu bukan pihak yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh pihak lain khususnya DAP.

“Usul ini adalah amaran, PAS adalah parti bermaruah yang ada gah. Jika orang serang saja dan kita diam tidak kena juga.

“Tapi niat saya bukan untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 8:51 AM