DR Mahfodz  (sembilan dari kanan) dan Dr Nik Mohd Zawawi (lapan dari kanan)  bersama ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS.
DR Mahfodz (sembilan dari kanan) dan Dr Nik Mohd Zawawi (lapan dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

Gombak: Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) semalam meluluskan sebulat suara usul tergempar membatalkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan DAP.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik yang membawa usul itu menjelaskan kerjasama politik itu hanya dibatalkan dengan DAP namun PAS masih kekal sebagai parti Pakatan Rakyat (PR).

“DUPP mencadangkan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan hubungan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan DAP yang dilihat terus menyerang parti itu serta mencampuri urusan dalaman PAS.

“Usul ini rentetan serangan bertali arus DAP terhadap Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terhadap PAS sendiri dalam mempersoalkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah Kelantan,” katanya.

Usul tergempar mendapat penghormatan 644 perwakilan apabila semua menyatakan sokongan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 10:21 AM