ANTARA peserta yang   selesai berkhatan di  SK  Bertam Hulu,   kelmarin.
ANTARA peserta yang selesai berkhatan di SK Bertam Hulu, kelmarin.
Oleh Nor Shafinaz Sari

Melaka : “Memang rasa takut, namun saya teruja kerana dua adik turut berkhatan bersama, jadi saya mempunyai teman sepanjang berpantang,” kata Muhammad Rusydi Annuar, 11, peserta Program Khatan Beramai-Ramai Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Hulu, di sini, kelmarin.

Murid tahun lima Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur ini berkata, sebelum ini dia agak malu berikutan sebahagian besar daripada rakan sebayanya sudah berkhatan kecuali dirinya.

Kata Muhammad Rusydi, dia tidak sabar untuk merasai pengalaman berkhatan bersama dua adiknya Muhammad Rifqi Annuar, 9, dan Muhammad Rizqi Annuar, 8, dalam program berkenaan.

“Kehadiran dua adik yang menemani saya meredakan debaran dirasai dan gelagat rakan yang kelihatan teruja untuk berkhatan pula menyebabkan rasa gementar sebelum ini terus hilang.

“Mereka semua kelihatan ceria terutama ketika disiram air, jadi perasaan tidak sabar untuk dikhatankan semakin menjadi-jadi,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, kelmarin yang turut dihadiri, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Dr Abu Bakar Md Diah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:12 AM