EVAKUASI pelajar berjalan lancar.
EVAKUASI pelajar berjalan lancar.
PELAJAR tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman.
PELAJAR tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman.
EVAKUASI pelajar Malaysia dari Aden, Yaman ke Djibouti.
EVAKUASI pelajar Malaysia dari Aden, Yaman ke Djibouti.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Seorang penuntut Malaysia di Yaman bukan sahaja kepenatan selepas mengharung perjalanan hampir 36 jam dengan menaiki bas dari Tarim, Hadhramaut ke Salalah, Oman sebaliknya mengalami bengkak kaki sehingga menyukarkannya untuk berjalan gara-gara duduk terlalu lama di dalam bas.

Pelajar berkenaan, Amirul Daniel Hafiz, 15, yang menuntut dalam jurusan kitab di Darul Mustafa, Tarim berkata, selain terpaksa dipimpin dan dipapah rakan, dia juga terpaksa mendapatkan khidmat kerusi roda untuk bergerak terutama ketika di bawa menaiki pesawat dari Doha, Qatar termasuk ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin.

Katanya, sepanjang perjalanan, dia tidak pernah mendapat sebarang rawatan bagi merawat kakinya yang bengkak itu sebaliknya terpaksa menahan kesakitan yang terlalu lama.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana selamat tiba di tanah air. Saya tidak pernah mengalami bengkak kaki sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 9:00 AM