AHMAD Zaki (tiga kiri) dan Azlan kanan), melihat alat pembesar suara ketika di Dewan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Klang, Alam Impian, Shah Alam.
AHMAD Zaki (tiga kiri) dan Azlan kanan), melihat alat pembesar suara ketika di Dewan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Klang, Alam Impian, Shah Alam.
Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyumbangkan alat pembesar suara kepada 99 sekolah agama di seluruh negeri ini sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Pengurus Besar PKNS Azlan Md Alifiah berkata, sumbangan peralatan berkenaan sebahagian daripada sumbangan zakat perniagaan syarikat itu kepada sekolah agama di negeri ini.

Beliau berkata, PKNS memberikan sumbangan berbentuk peralatan pembesar suara kerana ia satu daripada keperluan yang diperlukan setiap sekolah agama berkenaan.

“Jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM243,723.68 dan setiap satu peralatan bernilai RM2,461.85. Semoga sumbangan kecil ini mampu melancarkan sesi pembelajaran dengan lebih selesa,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan “PA Sistem daripada PKNS untuk 99 Sekolah Agama Negeri Selangor 2015.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaki Arshad dan Eksekutif Kanan Pengurusan dan Perhubungan Pelanggan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Amin Karim.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Siti Hasnah Muhamad berkata, sumbangan diterima sekolahnya sudah pasti akan melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 9:26 AM