Bangi: Empat ahli geng peras ugut berlagak tidak ubah seperti pegawai jabatan agama Islam apabila menahan sepasang kekasih sebelum mengugut mangsa membayar wang ‘bebas’ diri.

Dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, mangsa berusia 17 dan 18 tahun itu ditahan suspek ketika sedang bersiar-siar di kawasan tasik di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa bersama dua lagi rakannya sempat pergi ke sebuah restoran makanan segera terletak berhampiran tasik itu.

Menurutnya, mangsa yang kemudian berjalan kaki menuju ke tasik berkenaan bagaimanapun ditahan dua suspek yang menaiki sebuah motosikal.

“Mangsa bagaimanapun sempat menghubungi seorang rakannya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum dua rakannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Keadaan bertambah rumit apabila dua rakan mangsa itu turut ditahan suspek dan mengugut semua mangsa membayar wang RM300 setiap seorang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 10:33 AM