Sebuah daripada dua kenderaan yang ditinggal penjenayah selepas gagal merompak wanita 62 tahun Seksyen 15, Bangi,pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Sebuah daripada dua kenderaan yang ditinggal penjenayah selepas gagal merompak wanita 62 tahun Seksyen 15, Bangi,pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Mohd Hasbi Sidek

Bangi: Sekumpulan penjenayah gagal merompak wanita berusia 62 tahun yang baru mengeluarkan wang RM185,000 dari bank selepas panik dengan kemunculan kereta unit peronda polis (MPV) di Seksyen 15, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, lima lelaki yang menaiki dua kereta dan sebuah pacuan empat roda mengekori kereta dipandu wanita itu dari bank di sini, dan memintasnya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kejadian itu disedari anggota MPV yang melakukan rondaan jenayah.

Katanya, melihat kehadiran polis, lima penjenayah itu melarikan diri dengan sebuah kereta dan meninggalkan dua lagi kenderaan.

"Semua suspek melarikan diri sebelum sempat melarikan wang milik mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 4:36 PM