Bangi: Seorang pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cedera di dada dan tangan selepas diserang dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22, pelajar jurusan Dakwah dan Kepimpinan Islam itu sedang memandu berseorangan di kawasan Kolej Ibrahim Yaakob, sebelum dia ditahan dua lelaki bermotosikal.

Difahamkan, mangsa ketika itu menggunakan kenderaan milik rakannya untuk meninjau keadaan kain rentang yang dipasang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa mendakwa dipukul sebelum tubuhnya ditoreh.

“Kejadian disedari seorang rakan selepas mangsa menghubungi rakannya itu meminta datang ke lokasi untuk membantunya.

“Rakan mangsa yang ketika itu berada di rumah di Bandar Baru Bangi bergegas ke lokasi yang dinyatakan iaitu di laluan belakang Kolej Ibrahim Yaakob,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 8:55 AM