Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Kerajaan percaya wujud usaha terancang oleh pihak berkaitan yang mempunyai agenda politik bagi menyerang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah syarikat perakaunan ternama Deloitte yang memeriksa dokumen berpuashati dengan akaun 1MDB dan setuju untuk memperakuinya.

“Semalam (kelmarin) mesyuarat Jemaah Menteri mengadakan perbincangan berkenaan 1MDB dan kita mendengar dua taklimat dari Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dan dari firma perakaunan Deloitte.

“Firma itu sudah menjalankan pengauditan lebih terperinci termasuk membawa pakar forensik untuk memeriksa dokumen dan mereka berpuas hati dengan akaun 1MDB dan bersetuju memperakuinya,” katanya selepas Majlis Aspresiasi Petugas Pengurusan Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 8:56 AM