Oleh Alias Abd Rani

Miri: Suasana tenang di Penjara Pusat Miri, di sini, menjadi kecoh apabila seorang kakitangan penjara berpangkat Sarjan mengamuk sambil mengacu parang ke arah pegawai berpangkat Timbalan Penguasa Penjara, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang apabila suspek berusia 49 tahun, dipercayai dalam keadaan mabuk secara tiba-tiba muncul di penjara yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Lambir, sambil menjerit ke arah pegawai terbabit.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek kemudian memanggil pegawai terbabit dengan kejadian itu turut disaksikan seorang lagi pegawai bertugas di hadapan pintu utama.

Menurutnya, mangsa menyedari kehadiran suspek sebelum mengarahkan pegawai bertugas supaya tidak membuka pintu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Suspek dilaporkan semakin agresif sambil menjerit memanggil nama pegawai itu menyebabkan timbul kekecohan hingga ia menjadi tontonan orang awam yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 10:32 AM