PASUKAN STING merampas daun khat  yang dibawa masuk ke Malaysia.
PASUKAN STING merampas daun khat yang dibawa masuk ke Malaysia.

Kuala Lumpur: Sindiket dadah antarabangsa dikesan cuba menyeludup daun khat iaitu dadah jenis ‘Cathinone’ ke negara ini dengan taktik mendakwa kotak dihantar berisi daun teh atau daun inai.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, sindiket itu dikesan cuba menyeludup daun khat seberat 90.78 kilogram (kg) melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun tindakan itu dipatahkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu.

“Pemeriksaan dilakukan terhadap 10 bungkusan kargo di KLIA menemui 90.01 kg daun khat yang cuba diseludup dari Uganda, Afrika, ke negara ini.

“Susulan rampasan itu, pasukan STING menahan empat lelaki berusia 19 dan 54 tahun antara jam 10.30 pagi dan 7.40 malam kelmarin di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, dua daripada suspek yang ditahan polis itu penduduk tempatan.

“Dua lagi penuntut berasal dari Yaman dan Emriah Arab Bersatu (UAE) dikesan menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini.

“Dalam serbuan itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 770 gram daun khat bersama wang tunai RM10,000 dari dalam rumah didiami warga Yaman itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 January 2015 @ 6:16 AM