Anggota polis yang parah dilanggar lelaki dipercayai penagih. FOTO Zuhairi Zuber
Anggota polis yang parah dilanggar lelaki dipercayai penagih. FOTO Zuhairi Zuber
Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka parah dilanggar motosikal ditunggang seorang lelaki dipercayai penagih dadah, ketika menjalankan tugas dalam Ops Sarang di Krubong, 10.30 pagi tadi.

Difahamkan, sarjan itu dirempuh suspek berusia 29 tahun yang cuba meloloskan diri daripada ditahan ketika dikepung polis.

Akibat rempuhan itu, anggota polis terbabit cedera pada tengkuk, dikhuatiri patah kaki kiri serta tangan kanan.

Ops Sarang terbabit dilakukan serentak di Krubong, Kampung Gelam dan Sungai Udang bermula jam 4 pagi diketuai Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 2:38 PM