DAUN khat boleh sebabkan khayal dan hilang selera makan.
DAUN khat boleh sebabkan khayal dan hilang selera makan.
Oleh Asmah Rusman

Petaling Jaya: Sejenis daun khayal dikenali sebagai khat dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini oleh sindiket untuk diproses menjadi dadah Cathinone.

Daun itu atau nama saintifiknya Catha edulis berasal dari Afrika Timur dan Arab mampu menyebabkan kesan ketagihan seperti ketum.

Kegiatan sindiket itu terbongkar susulan penahanan tiga individu yang cuba membawa masuk sejumlah 90 kilogram daun berkenaan dipercayai diseludup dari Uganda, Afrika.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitter rasmi beliau kira-kira jam 7 malam semalam.

Khalid berkata, ketiga-tiga individu terbabit yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan dadah ditahan di di daerah Petaling Jaya dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 6:53 AM