Kuala Lumpur: Berita baik buat pembaca Harian Metro (HM), tempoh penebusan tiket percuma ke Taman Tema WaterWorld@ i-City sempena Gempak Santai HM dilanjutkan lagi sehingga Jumaat ini atas sambutan menggalakkan.

Tempoh penebusan dilanjutkan berikutan memahami kesulitan pembaca yang tidak sempat melakukan penebusan di Karnival Harian Metro Padat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Sabtu dan Ahad lalu.

Sehubungan itu, mereka yang tidak berpeluang membuat penebusan hujung minggu lalu, masih sempat mendapatkan tiket berkenaan di Lobi Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Bangsar di sini.

Justeru, orang ramai boleh hadir membuat penebusan tiket bermula hari ini hingga Jumaat dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang dengan syarat membawa 20 keratan kepala akhbar Harian Metro bermula 24 November 2014.

Tunggu apa lagi, pastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan tiket percuma masuk ke taman tema itu sama ada untuk 13 atau 14 Disember ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 7:04 AM