KEADAAN perhentian bas yang ranap akibat dirempuh kereta dipandu warga emas.
KEADAAN perhentian bas yang ranap akibat dirempuh kereta dipandu warga emas.

Jempol: Sebuah perhentian bas dan pondok telefon awam di pekan Batu Kikir, dekat sini musnah apabila dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki warga emas, kelmarin.

Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berusia 65 tahun dikatakan terbabas ke kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, kereta terbabit dipandu dari arah Simpang Pertang menuju ke Seremban.

“Mangsa yang memandu sendirian dikatakan hilang kawalan dan merempuh perhentian bas milik Majlis Daerah Jempol (MDJL) dan pondok telefon berhampiran.

“Akibat rempuhan, kereta mangsa remuk teruk namun, tiada kecederaan dilaporkan manakala perhentian bas dan pondok telefon musnah,” katanya.

Hamzah berkata, ketika kejadian itu berlaku, tiada orang awam di perhentian bas berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:12 AM