Shah Alam: Dalam usaha memastikan premis perjudian yang ditutup tidak lagi menjalankan kegiatan mereka semula, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kini giat menjalankan Ops Dadu Fasa 2.

Dalam operasi yang bermula sejak 3 November lalu, IPK Selangor berjaya merampas 5,503 unit monitor dan 7,341 unit pemprosesan komputer (CPU) yang digunakan untuk kegiatan perjudian dari tempat penyimpanan premis yang sudah ditutup sejak Ops Dadu Fasa 1.

Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata, dari 3 hingga 11 November lalu, 4,158 serbuan dan pemeriksaan dilakukan di semua premis yang dikenal pasti dan 16 serbuan menghasilkan kejayaan.

“Ops Dadu Fasa 2 memfokuskan usaha dalam mengambil langkah pencegahan supaya premis yang pernah diserbu tidak menjalankan operasi judi haram secara sembunyi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:10 AM