ANGGOTA polis melakukan siasatan selepas menyerbu sebuah restoran di Banting, semalam. FOTO Ihsan PDRM
ANGGOTA polis melakukan siasatan selepas menyerbu sebuah restoran di Banting, semalam. FOTO Ihsan PDRM
Ayusliza Azizan


SEPULUH lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah restoran yang menjalankan aktiviti perjudian melalui Operasi Dadu Mesin Perjudian di Banting, malam semalam.

Serbuan dilakukan pada 11 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Jurucakap polis berkata, kesemua lelaki membabitkan sembilan pemain dan penjaga premis ditahan ketika sedang leka berjudi.

“Siasatan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen. Sebanyak 10 unit telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM635 dirampas," katanya.

Katanya, mereka yang ditahan termasuk barangan rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 2:59 PM