NORANI   beramah mesra dengan  Muhammad Firdaus di rumah kebajikan TSHTAN.
NORANI beramah mesra dengan Muhammad Firdaus di rumah kebajikan TSHTAN.
Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

Seremban: “Dia mendapat gelaran ‘Firdaus VIP’ kerana mendapat perhatian istimewa. Keadaannya makin sihat dan saya yakin dia mampu berjalan pada satu hari nanti,” Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Norani Mohd Hashim selepas melawat Muhammad Firdaus Dullah di rumah kebajikan Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah (TSHTAN), di sini, semalam.

Menurutnya, remaja orang kurang upaya (OKU) berusia 15 tahun itu bukan saja bertambah sihat malah ceria bersama 80 penghuni lain sejak dimasukkan ke TSHTAN pada 24 Julai lalu.

Katanya, Muhammad Firdaus yang menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak mendapat gelaran ‘Firdaus VIP’ oleh petugas TSHTAN disebabkan perhatian istimewa selain untuk membezakan dengan penghuni lain yang mempunyai nama sama.

“Saya juga dimaklumkan pergelangan tangan kanannya yang bengkok dipasang alat khas bagi membetulkan posisi tulang bulan lalu, manakala kaki kanannya yang patah masih dalam proses pemulihan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:06 AM