Bingkisan video ini menyaksikan bagaimana nama Muhammad Firdaus Dullah meniti di bibir rakyat Malaysia selepas dia ditemui dalam keadaan menyedihkan-kurus kering, ditinggalkan di bilik yang kotor termasuk dipenuhi najis di rumahnya di Nilai, pada 2.30 pagi, 21 Jun tahun lalu ketika usianya 15 tahun.

Perasaan simpati, marah, sedih diluahkan rakyat terhadap apa yang berlaku kepada Muhammad Firdaus yang kebanyakan daripada kita menyebutnya sebagai adik Firdaus.

Ibunya sudah menjalani hukuman penjara, manakala adik Firdaus semakin ceria menjalani kehidupan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah, Seremban.

Bagaimanapun, Allah SWT lebih menyayangi adik firdaus. Ketika usianya 16 tahun, dia pergi meninggalkan kita petang tadi. Damailah kau di sana.... Al-Fatihah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 11:54 PM