Muhammad Firdaus Dullah ketika di Hospital Tuanku Ja'afar, tahun lalu. FOTO file NSTP Hazreen Mohamad
Muhammad Firdaus Dullah ketika di Hospital Tuanku Ja'afar, tahun lalu. FOTO file NSTP Hazreen Mohamad
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Jenazah remaja kurang upaya Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, 16, akan disolatkan di Masjid Negeri, di sini selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli berkata, mayat kini sedang dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan selepas selesai dibawa ke Masjid Negeri.

Katanya, pihaknya mendapat kebenaran ibu remaja itu, Lolanopita Sadi, 41 untuk menguruskan jenazah anaknya.

"Bermula malam tadi kami menjalankan majlis tahlil di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah," katanya di temui di HTJ, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 9:55 AM