PLATFORM berkenaan menjadi hab segala kandungan, maka ia sangat terdedah kandungan palsu.
PLATFORM berkenaan menjadi hab segala kandungan, maka ia sangat terdedah kandungan palsu.
PERLU usaha proaktif dalam menangani kandungan mengelirukan dalam platform media sosial.
PERLU usaha proaktif dalam menangani kandungan mengelirukan dalam platform media sosial.
Muhammad Saufi Hassan


MEDIA sosial sudah menjadi platform ketersambungan digital khususnya untuk menyebarkan maklumat bukan saja berbentuk tulisan sebaliknya platform itu menjadi 'content-rich'.

Bermula dengan tulisan atau artikel kepada bentuk grafik video dan rakaman video, platform media sosial menjadi hab kepada semua maklumat berkenaan.

Berikutan platform berkenaan menjadi hab segala kandungan, maka ia sangat terdedah dengan kandungan palsu, separa benar, doktrin sesat dan ajaran yang mengelirukan.

Semua kandungan berkenaan terhidang di media sosial, biarpun ada tindakan daripada agensi tertentu untuk memadamkan atau menurunkan kandungan berkenaan, tetapi ada pelbagai kandungan mengelirukan berlegar di media sosial.

Untuk itu, pemerkasaan secara berterusan perundangan siber perlu diteruskan khususnya apabila dunia kini beralih kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sehingga memungkinkan pembuatan video mirip individu dilakukan pada masa depan.

PLATFORM media sosial menjadi hab kepada semua maklumat berkenaan.
PLATFORM media sosial menjadi hab kepada semua maklumat berkenaan.

Perundangan negara perlu ke depan daripada ketersediaan teknologi supaya setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan mengikut lunas perundangan.

Potensi besar platform media sosial ini untuk dimanipulasi pihak tertentu sememangnya besar dan perkara itu juga pernah berlaku berdasarkan beberapa kes sebelum ini yang memperlihatkan platform terbabit disalah guna.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, media sosial ini umpama pedang yang mempunyai dua mata.

"Ia memberi gambaran bahawa platform berkenaan mempunyai sisi positif, tidak kurang juga sisi negatif yang tersimpan jika digunakan secara tidak berhati-hati.

MEDIA sosial jadi platform ketersambungan digital khusus untuk menyebarkan maklumat bukan saja berbentuk tulisan sebaliknya menjadi ‘content-rich’.
MEDIA sosial jadi platform ketersambungan digital khusus untuk menyebarkan maklumat bukan saja berbentuk tulisan sebaliknya menjadi ‘content-rich’.

"Dalam konteks ketersediaan teknologi semasa dan perundangan negara, tidak dinafikan kita sedikit terkebelakang, namun masih ada masa serta ruang untuk menutup setiap ruang poros ini.

"Kita mahu landskap siber di negara ini benar-benar selamat untuk digunakan dan kandungan yang mengelirukan boleh diturunkan secara proaktif tanpa perlu menunggu laporan daripada orang awam atau pengguna," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, platform ini perlu dikawal selia supaya tidak tersebar sebarang doktrin yang mampu menggugat keharmonian negara.

"Pastinya kita tidak mahu bahawa platform media sosial ini menjadi hab kepada penyebaran sebarang bentuk ideologi ganas yang tidak sesuai dengan masyarakat timur di sini.

PLATFORM digital perlu perundangan mampan bendung terdedah kandungan palsu, separa benar, doktrin sesat serta ajaran mengelirukan.
PLATFORM digital perlu perundangan mampan bendung terdedah kandungan palsu, separa benar, doktrin sesat serta ajaran mengelirukan.

"Saya yang banyak terbabit dalam kajian ideologi keganasan ini turut melihat platform media sosial mempunyai potensi besar untuk disalahgunakan.

"Perlunya bentuk perundangan yang mampan serta konkrit supaya setiap inci ruang siber ini dikawal dengan baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 9:39 AM