Telefon Realme.
Telefon Realme.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Dunia teknologi pada hari ini berubah dengan begitu pantas dan ia turut mempengaruhi industri telefon pintar khususnya pada tahun ini.

  Melihat kepada trend semasa, teknologi pengimejan akan terus menjadi pemangkin kepada perubahan peranti pintar.

  Ketua Pegawai Eksekutif realme, Sky Li berkata, pihaknya percaya bahawa teknologi pengimejan yang lebih hebat dan akan menjadi tumpuan utama industri kerana pengguna pada masa kini menantikan keupayaan fotografi yang lebih baik daripada telefon pintar. 

  "Ini sejajar dengan strategi kami untuk mendorong kejayaan dalam tiga bidang utama iaitu kekuatan produk, kekuatan teknologi dan kekuatan jenama.

  "Apabila bercakap tentang kekuatan teknologi, kami menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman produk dalam tiga bidang prestasi, pengimejan dan reka bentuk, membolehkan pengguna mengakses teknologi canggih dan reka bentuk yang menonjol dengan lebih cepat.

  "Menyedari permintaan itu, kami meletakkan 2024 sebagai Tahun Pengimejan realme, dan sebahagian besar daripada inovasi kami akan menumpukan pada keupayaan fotografi," katanya.

  Slogan baharu kami, 'Make it real' menguatkan lagi cerita jenama kami, dengan lebih memfokuskan kepada golongan muda dan membawa manfaat yang ketara dalam kehidupan mereka.

  Menerusi penyediaan produk berteknologi tinggi yang dibina di sekitar dan di luar jangkaan golongan muda, kami menggalakkan mereka membuat kejayaan dalam pekerjaan dan kehidupan.

  Li berkata, melihat kepada penganjuran CES 2024, realme berkongsi beberapa nota dengan pengunjung yang menampilkan lensa tele-kamera periskop.   

  Beliau berkata, telefon pintar ini mempunyai penderia telefoto periskop terbesar segmen itu, menampilkan penderia utama OV64B yang mendahului pesaingnya dan sepadan dengan perdana peringkat teratas yang lain. 

  "Ini mewakili usaha kami untuk memastikan pengguna realme kami mempunyai akses kepada teknologi terkemuka," katanya.

  Mengulas lanjut, Li berkata, sejak penubuhan realme pada 2018, pihaknya sudah mencapai kemajuan yang berterusan dengan membawa pengalaman teknologi yang inovatif dan lebih baik kepada pengguna pada segmen harga yang boleh diakses tahun demi tahun. 

  "Sebagai jenama baharu yang bercita-cita tinggi, kami tidak akan pernah berpuas hati dengan kejayaan dan pencapaian sedia ada.

  "Menerusi asas kukuh yang kami bina selama bertahun-tahun, disokong oleh kepakaran teknologi, pangkalan pengguna yang kukuh dan pengalaman produk yang lebih hebat, kami memutuskan untuk menyahut cabaran baharu. 

  "Pada tahun ini, kami membuka lembaran baharu untuk realme. Ini akan menjadi tahun penjenamaan semula, di mana kami mengutamakan kemajuan di atas segalanya," katanya.

  Beliau berkata, biarpun pasaran telefon pintar global merosot sejak dua tahun lalu, realme mengekalkan pertumbuhan yang sihat dalam menghadapi persaingan dan tekanan pasaran yang sukar. 

  "Kami mahu mengaitkan pertumbuhan positif kepada pengguna realme kami. Kami tidak boleh berada di tempat kami sekarang tanpa sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

  "Daripada sudut perniagaan, sejak 2022, kami komited kepada strategi 'Simply Better' ketika kami memasuki peringkat kedua pembangunan kami, di mana kami memberi tumpuan kepada pertumbuhan jangka panjang. 

  "Strategi 'Simply Better' membolehkan kami memberi tumpuan semata-mata pada barisan produk kami, seperti siri GT, siri Number dan siri C.

  "Selain itu, kami percaya produk kami yang dipacu inovatif adalah kunci kejayaan iaitu kami membantu mewujudkan kehadiran kukuh di kebanyakan wilayah global, menjadikan realme sebagai pemain utama dalam pasaran baru muncul, dengan bahagian pasaran daripada pasaran baru muncul 88 peratus jauh melebihi ahli lain '200 Million Club'," katanya.

 

 

Tamat

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 11:41 AM