Pengurus Produk Realme Malaysia, Michelle Tiong Wei Ping.
Pengurus Produk Realme Malaysia, Michelle Tiong Wei Ping.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Peranti pintar bukan lagi satu aksesori pada zaman digital hari ini sebaliknya sudah menjadi satu 'aset komunikasi digital' yang membolehkan pengguna mengakses sebarang maklumat.

  Perkakas ini yang dahulunya dikenali sebagai 'telefon bimbit' sudah berkembang menjadi peranti 'pintar' kerana keupayaannya memudahkan kehidupan pengguna serta tidak hanya menjurus kepada peralatan telekomunikasi saja.

  Bagaimanapun, pengguna hari ini berdepan dengan bebanan kewangan dan ramai dalam kalangan pengguna tidak mampu untuk mendapatkan peranti yang setara dengan padanan spesifikasinya.

  Kebiasaannya, peranti yang dipadankan dengan spesifikasi unggul datang dengan tanda harga yang 'keras' namun landskap itu bakal berubah dengan kewujudan peranti keluaran realme.

  Sebagai pengeluar peranti pintar yang menampilkan falsafah sentrik pengguna, realme menawarkan perkakas dengan harga lebih kompetatif serta mampu milik namun tidak mengabaikan aspek spesifikasinya.

  Pengurus Produk Realme Malaysia, Michelle Tiong Wei Ping berkata, realme bukanlah jenama telefon pintar biasa yang akan dilihat di pasaran tetapi ia menjadi jenama yang bergaya dan inovatif serta mencabar norma. 

  "Menyedari landskap semasa telefon pintar dengan prestasi hebat biasanya didatangkan dengan tanda harga yang tinggi, kami berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan telefon pintar yang membanggakan prestasi lonjakan ke hadapan, reka bentuk dan pengalaman yang tidak membebankan pengguna.

  "Seperti yang kita tahu, setiap orang berhak untuk memiliki teknologi 'leap-forward' dalam kehidupan seharian mereka. 

  "Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami menyasarkan untuk menjadi jenama telefon pintar yang paling digemari oleh golongan muda," katanya kepada #ITMetro.

  Wei Ping berkata, ketika jenama itu memasuki peringkat kedua pertumbuhan sebagai permulaan, realme kini melihat pertumbuhan jangka panjang dan meletakkan keutamaan yang lebih besar pada dua bidang teras, iaitu pembangunan produk dan pertumbuhan pasaran.

  Beliau berkata, apabila ia datang kepada pembangunan produk, pihaknya didorong oleh satu matlamat untuk menyediakan peranti yang mempunyai kemajuan lompatan sebenar. 

  "Apabila kita sebut 'true-leap', ini bermakna menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang jauh lebih baik daripada apa yang sepatutnya ditawarkan oleh segmen itu. 

  "Kami melancarkan 'Strategi Spire' yang memberi penekanan yang lebih besar pada teknologi, reka bentuk dan pengalaman lompat ke hadapan. 

  "Sementara itu, kami juga sedang mencari untuk bekerjasama dengan rakan strategik di seluruh dunia untuk terus mengukuhkan reka bentuk produk dan mengukuhkan kedudukan utamanya sebagai jenama paling trendi dalam industri," katanya.

  Bagi aspek pertumbuhan pasaran, menurutnya, pihaknya sedang giat mencari cara untuk menembusi lebih efektif ke dalam pasaran. 

  Katanya, realme mempunyai 'Pelan Mendaki Lompat' ke hadapan untuk menduduki tempat kelima teratas di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. 

  "Pelan itu akan dipandu oleh empat prinsip, seperti terus menurunkan teknologi lonjakan ke hadapan, memberi penekanan yang lebih besar pada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), dan banyak lagi. 

  "Realme merancang untuk meningkatkan pelaburannya dalam R&D sebanyak 58 peratus bagaimanapun, kami tidak boleh mendedahkan banyak perkara pada masa ini tetapi nantikan kerana kami akan berkongsi lebih banyak tentang acara pelancaran yang akan datang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 10:56 PM