Muhammad Najmir Razaman

SEIRING dengan perkembangan teknologi dunia, penyedia peranti pintar terkemuka Malaysia, vivo, terus memberikan hanya yang terbaik buat pengguna.

Terbaharu, vivo memperkenalkan siri V29 serba canggih yang dilengkapi pelbagai ciri menarik baik dari segi kemajuan paparan, kamera mahupun keunikan reka bentuk.

Potret Cahaya Aura harmoni

vivo sekali lagi membawakan ciri canggih yang digemari para pengguna pada kameranya iaitu sistem Potret Cahaya Aura sekali gus menjadikan peranti V29 sebagai peranti terbaik bagi merakam potret.

Diperkasakan oleh gabungan harmoni Cahaya Aura 2.0 dengan pelarasan suhu warna pintar, vivo V29 mempunyai keupayaan penggambaran potrait peringkat perdana profesional, terutamanya dalam pemandangan malam.

Sistem Cahaya Aura pada V29 tampil dengan diameter lebih besar iaitu 15.6mm yang bukan sahaja meningkatkan daya tarikan visual, tetapi juga memberikan pencahayaan yang mengagumkan.

Sistem penderia-ultra ini mampu menghasilkan pencahayaan tiga dimensi dari pelbagai sudut sekali gus memberikan gambar yang lebih cerah sehingga 36 peratus walau diambil dalam keadaan malap.

Dengan diameter yang besar, sistem Cahaya Aura ini menghasilkan cahaya lembut dan tidak menyilaukan persis cahaya studio agar gambar kelihatan lebih tajam dan cerah.

vivo V29 juga menyediakan ciri inovatif Pelarasan Suhu Warna Pintar, yang membolehkan peranti disesuaikan dengan pelbagai persekitaran dengan suhu warna yang berbeza.

Kawalan manual yang direka pada peranti ini juga membolehkan pengguna menentukan kecerahan yang dikehendaki dengan hanya melaraskan peluncur suhu warna.

Jika dibandingkan dengan mod potret pada peranti lain, gambar yang terhasil menggunakan V29 adalah lebih cerah walaupun diambil pada cahaya yang malap hasil daripada sistem Cahaya Aura 2.0 Vivo.

Paparan menakjubkan

Menampilkan skrin melengkung 3D 6.78 inci, vivo V29 menawarkan pengalaman visual yang lebih mengasyikkan dengan paparan lebih terperinci, menawarkan pengguna pengalaman visual mengasyikkan seperti di pawagam.

Menariknya, dengan kadar segar semula 120 Hz, 1.07 bilion warna dan kecerahan dan kontras ultra tinggi, paparan V29 membolehkan tontonan visual permainan pada kadar yang dipercepatkan berbanding skrin dengan kadar segar semula yang rendah.

Spesifikasi perkakasan luar biasa yang direka pada peranti ini juga berkesan mengurangkan cahaya biru berbahaya dan kelipan skrin untuk penggunaan jangka masa yang lebih selesa pada mata.

Perisian ini menawarkan pengalaman pelarasan warna dan kecerahan yang lebih halus serta mengoptimumkan keselesaan mata dalam senario yang berbeza buat pengguna.

Warna estetik

Uniknya kali ini, siri vivo V29 mempertaruhkan warna Starry Purple yang mana ia diilhamkan daripada warna Bima Sakti.

Ia juga menggambarkan paparan yang mempesonakan seperti gugusan bintang dalam langit yang bercahaya dengan daya tarikan yang memukau.

Dengan ungu yang muncul sebagai salah satu warna yang paling menarik tahun ini, warna Starry Purple menjadi aksesori peranti pintar yang mesti ada pada setiap penggemar fesyen.

Bateri tahan lama

vivo V29 dilengkapi bateri 4,600mAh (TYP) dengan kuasa pengecasan 80W yang membolehkan peranti dicaj sehingga 50 peratus dalam masa hanya 18 minit menggunakan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri.

Lebih menarik, ia disokong dengan sistem penyejukan canggih serta mampu mengekalkan tahap kesihatan bateri sekurang-kurangnya 80 peratus selepas 1600 kitaran cas-nyahcas.

Dengan bateri berkapasiti besar ini, vivo V29 diyakini mampu memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar terbaik buat pengguna.

vivo V29 kini tersedia untuk pra tempahan

Orang ramai boleh mendapatkan V29 5G 12+256GB pada harga RM1,899 atau V29 5G 12+512GB pada harga RM2,099.

Nikmati juga hadiah eksklusif bernilai sehingga RM995 termasuk jaminan lanjutan 1+1*, perlindungan skrin setahun, pelindung skrin, bekas pelindung dan fon telinga TWS.

Lebih menarik, pelanggan turut berpeluang mendapatkan promosi eksklusif kedai konsep vivo yang mana 20 pembeli pertama dalam barisan pada 28 September 2023 akan menerima peningkatan storan percuma.

Promosi ini tersedia di kedai konsep Vivo KL East Mall, kedai konsep Vivo Gurney Plaza, kedai konsep Vivo KL Midvalley, pusat jualan dan servis Vivo Johor Midvalley Southkey, kedai mercu vivo Pavilion KL dan kedai konsep vivo Sunway Pyramid.

Peranti serba baharu vivo V29 ini juga boleh didapati melalui pengedar sah vivo, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vivo V29, layari laman sesawang vivo Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2023 @ 6:59 PM