PERANTI pintar bukan lagi alat berkomunikasi sebaliknya berupaya melaksanakan pelbagai tugasan.
PERANTI pintar bukan lagi alat berkomunikasi sebaliknya berupaya melaksanakan pelbagai tugasan.
TEKNOLOGI peranti pintar ini terus melalui evolusi seiring kemajuan teknologi semasa.
TEKNOLOGI peranti pintar ini terus melalui evolusi seiring kemajuan teknologi semasa.
GENERASI iPhone mengubah landskap peranti mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 2007.
GENERASI iPhone mengubah landskap peranti mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 2007.
Muhammad Saufi Hassan


KURANG 24 jam lagi, syarikat gergasi teknologi, Apple bakal memperkenalkan peranti pintar paling ikonik mereka iaitu generasi iPhone terbaharu yang pastinya dinantikan semua pengikut dunia teknologi semasa.

Untuk rekod, dianggarkan penjualan iPhone sepanjang masa adalah 2.4 bilion unit sejak ia diperkenalkan pada 2007 sehingga pertengahan tahun ini.

Peranti iPhone ini sebenarnya menjadi penanda aras kepada keupayaan teknologi semasa apabila Apple tidak pernah gagal memperkenalkan peranti berkuasa di samping menawarkan ciri-ciri khusus untuk pengguna.

Tidak dinafikan bahawa peranti keluaran Apple itu masih menduduki tangga pertama untuk peranti paling selamat dan mempunyai kepelbagaian sistem sekuriti termaju.

Sejarah peranti paling ikonik itu bermula pada 2007 apabila Ketua Pegawai Eksekutif (ketika itu) Apple, Steve Jobs melancarkan iPhone pertama, sekali gus mengubah landskap teknologi peranti mudah alih ketika itu.

Ketika pengenalan pertamanya, ia memperlihatkan keupayaan baharu peranti mudah alih sehingga kepada siri terbaharu iaitu generasi iPhone 14 yang memberikan definisi baharu kepada peranti mudah alih.

Berdasarkan data daripada Statista menunjukkan bahawa pengguna peranti iPhone ketika ini mencecah 1.6 bilion di seluruh dunia dan Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah pengguna 124.7 juta.

JOBS memperkenalkan iPhone pertama pada 2007 yang memberi evolusi dunia teknologi.
JOBS memperkenalkan iPhone pertama pada 2007 yang memberi evolusi dunia teknologi.

Peranti itu juga memiliki 23 peratus perkongsian pasaran dan 46.9 peratus perkongsian pasaran di AS.

Syarikat itu juga merekodkan penjualan iPhone pada 2021 lebih RM900 bilion (USD197 bilion) iaitu mewakili keuntungan syarikat 52.1 peratus.

Berdasarkan rekod sejak pengenalan iPhone, iPhone 6 mencatatkan penjualan 222.4 juta unit dan peranti generasi iPhone berkenaan mendominasi dengan tujuh daripada 10 peranti terbaik sepanjang zaman.

Statista juga menjangkakan bahawa pengguna iPhone bertambah pada tahun ini dengan rekod pengguna jangkaan kepada 1.74 bilion di seluruh dunia.

PERANTI iPhone menjadi penanda aras keupayaan teknologi terkini dan sering kali menjadi penentu trend semasa.
PERANTI iPhone menjadi penanda aras keupayaan teknologi terkini dan sering kali menjadi penentu trend semasa.

Jika trend peningkatan itu berterusan, Apple akan merekodkan jumlah pengguna dua bilion tidak lama lagi dan sedang menghampiri angka berkenaan.

Sebanyak 70 peratus pengguna iPhone adalah daripada Jepun diikuti AS dengan 56 peratus, Kanada (56 peratus), Sweden (54 peratus), Kuwait (31 peratus) dan Maghribi (28 peratus).

Pecahan pengguna mengikut jantina pula, wanita mewakili 51 peratus pengguna iPhone diikuti lelaki iaitu 49 peratus dan 44 peratus daripada pengguna adalah daripada kumpulan umur 16 hingga 24 tahun.

Menerusi garis masa, September adalah bulan penting untuk Apple kerana mereka bakal melancarkan peranti paling ikonik mereka dan esok, generasi iPhone 15 diperkenalkan kepada umum.

SESUAI dengan perkembangan semasa, peranti keluaran Apple menggunakan konsep pengurangan bahan elemen unik serta penggunaan bahan terpakai.
SESUAI dengan perkembangan semasa, peranti keluaran Apple menggunakan konsep pengurangan bahan elemen unik serta penggunaan bahan terpakai.

Pengenalan peranti berkenaan akan meneruskan legasi kejayaan peranti berkenaan dan ia menjadi penanda aras semasa bagi segmen teknologi peranti pintar.

Pastinya tumpuan terarah kepada pembaharuan yang akan dilaksanakan Apple dalam peranti mereka termasuk penambahbaikan terkini yang diperkenalkan kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2023 @ 6:20 AM