REKAAN iPhone 12 mengimbau kembali rekaan hampir sama dengan iPhone 5 yang dilancarkan beberapa tahun lalu.
REKAAN iPhone 12 mengimbau kembali rekaan hampir sama dengan iPhone 5 yang dilancarkan beberapa tahun lalu.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


PERANTI terbaik tahun ini! Itu yang boleh disimpulkan terhadap keupayaan serta padanan telefon pintar paling ikonik ini termasuk prestasinya yang mengagumkan.

Pengeluar telefon pintar ini tidak pernah gagal dalam menyediakan satu produk ikonik yang sering menjadi 'kegilaan' orang ramai termasuk penanda aras bagi semua peranti pintar yang lain.

Tidak keterlaluan jika penulis menyatakan bahawa ia satu peranti lima bintang yang hampir sempurna daripada segenap aspek bermula daripada padanan spesifikasi sehinggalah kepada keupayaan prestasi semasa.

Peranti ikonik berkenaan adalah generasi baharu iPhone 12 keluaran Apple dan pada minggu ini, fokus analisis hanya tertumpu kepada variasi iPhone 12 Pro Max.

Menyentuh aspek spesifikasinya, iPhone 12 Pro Max didatangkan dengan pemproses termaju dalam industri iaitu Apple A14 Bionic dengan rekaan 5nm sekali gus mempunyai tahap kecekapan bateri paling optimum.

Pemproses Apple A14 Bionic direkodkan lebih 50 peratus keupayaan berbanding mana-mana jenama atau model peranti pintar yang berada di pasaran dalam tempoh ini.

Skrin peranti ini berkeluasan 6.7 inci dengan paparan

APPLE masih mengekalkan tetapan tiga lensa dan iPhone 12 Pro dan Pro Max dinaiktaraf daripada aspek binaan lensa.
APPLE masih mengekalkan tetapan tiga lensa dan iPhone 12 Pro dan Pro Max dinaiktaraf daripada aspek binaan lensa.

Super Retina XDR Display iaitu 0.6 inci lebih besar daripada iPhone 12 Pro.

Binaan peranti itu menggunakan 'Ceramic Shield' yang didapati lebih tahan daripada mana-mana rekaan peranti pintar yang pernah dikeluarkan di pasaran.

Reka bentuk fizikalnya juga mengimbau kembali kenangan iPhone 5 beberapa tahun lalu yang lebih berbentuk geometrik dan sangat selesa untuk dipegang.

Sesuai dengan kelas premium, iPhone berkenaan mendapat pengiktirafan IP68 bagi ketahanan kalis air dan habuk untuk peranti.

Biarpun Apple masih mengekalkan rekaan tetapan tiga lensa, namun jika diperhatikan binaan lensa untuk iPhone 12 Pro dan Pro Max lebih besar berbanding iPhone 11 Pro atau versi Max.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan sensor baharu iaitu 'LiDAR' atau sensor pengesan cahaya dan jarak untuk membolehkan sesuatu gambar atau imej diambil dengan tona warna lebih realistik di samping mengelakkan daripada imej terlebih terang atau terlampau gelap.

KEUPAYAAN kamera untuk rakaman imej pada waktu malam mengagumkan hasil daripada sensor LiDAR.
KEUPAYAAN kamera untuk rakaman imej pada waktu malam mengagumkan hasil daripada sensor LiDAR.

Sensor itu membolehkan sebarang imej yang dirakam lebih realistik dan tidak hairanlah rakaman video resolusi 4K menggunakan iPhone 11 Pro Max boleh diklasifikasikan sebagai 'gred perfileman'.

Menerusi penilaian penulis, iPhone 12 Pro Max memiliki keupayaan maksimum sebagai peranti pintar kerana ia bukan saja menawarkan spesifikasi termaju malah padanan perkakasan serta perisian juga adalah tepat.

Rakaman gambar malam adalah sangat berkualiti dan sensor LiDAR berkenaan mengurangkan secara drastik 'noise' pada gambar dengan suasana pencahayaan kurang.

Secara keseluruhannya, iPhone 12 Pro Max boleh dikategorikan sebagai telefon pintar terbaik untuk tahun ini dengan semua aspek yang seimbang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 6:33 AM