iPHONE 15 Pro Max dilengkapi dengan lensa kamera dipertingkatkan untuk rakaman imej lebih jelas.
iPHONE 15 Pro Max dilengkapi dengan lensa kamera dipertingkatkan untuk rakaman imej lebih jelas.
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR peranti paling ikonik, Apple sudah pun melancarkan generasi iPhone 15 mereka dan paling mencuri tumpuan adalah variasi iPhone 15 Pro serta Pro Max.

Ia bukan saja dilengkapi dengan cip berkuasa malah bakal mengubah landskap permainan mudah alih apabila cip Bionic A17 Pro berkenaan dilengkapi dengan keupayaan 'Ray Tracing'.

Malah ia adalah satu teknologi yang dipelopori pengeluar cip grafik terkemuka iaitu Nvidia GeForce dan kini, peranti Apple daripada variasi iPhone 15 Pro serta Pro Max mampu untuk melancarkan permainan persis kualiti grafik pada konsol.

Pada masa sama, evolusi peranti pintar juga banyak menyumbang kepada keupayaan pengalaman permainan persis permainan konsol apabila ia sudah dilengkapi dengan unit pemproses grafik (GPU) yang setara.

Peneraju teknologi dunia, Apple antara contoh terbaik apabila menghasilkan peranti pintar ikonik mereka iaitu daripada generasi iPhone 15 Pro serta variasi Pro Max yang menyokong teknologi kesan grafik 'Ray Tracing' yang sebelum ini dipelopori pengeluar cip GPU terkemuka, Nvidia GeForce.

Menerusi dua variasi berkenaan, ia dikuasakan dengan cip A17 Pro dengan binaan tiga nanometer (nm) iaitu cip pertama yang dibina menerusi binaan berkenaan.

CIP iPhone 15 Pro serta Pro Max dilengkapi  dikuasakan A17 Pro beri keupayaan ‘Ray Tracing’.
CIP iPhone 15 Pro serta Pro Max dilengkapi dikuasakan A17 Pro beri keupayaan ‘Ray Tracing’.

Ia membolehkan peranti baharu keluaran Apple berkenaan iaitu iPhone 15 Pro dan Pro Max yang dikuasakan dengan cip A17 Pro melancarkan permainan kelas konsol.

Antara permainan berkenaan adalah Resident Evil Village, Residen Evil 4, Death Stranding dan Assassin's Creed Mirage.

Semua judul permainan berkenaan adalah judul kelas konsol dan desktop serta keupayaan untuk melancarkan permainan itu memberi dimensi baharu dalam landskap permainan mudah alih.

Peranti berkenaan direka menerusi titanium gred aeroangkasa sekali gus menjadikan generasi iPhone paling ringan pernah diperkenalkan.

BINAAN kerangka peranti ini adalah daripada Titanium sekali gus mengurangkan berat berbanding generasi terdahulu.
BINAAN kerangka peranti ini adalah daripada Titanium sekali gus mengurangkan berat berbanding generasi terdahulu.

Dua generasi peranti kelas tinggi daripada variasi berkenaan menggunakan cip pemproses Apple Bionic A17 Pro dan ia ditawarkan dengan empat warna iaitu 'Natural Titanium', 'Blue Titanium,' 'White Titanium' dan 'Black Titanium.'

Menyentuh aspek spesifikasi fizikal, peranti ini didatangkan dengan pilihan skrin bersaiz 6.1-inci dan juga 6.7-inci masing-masing untuk iPhone 15 Pro serta iPhone 15 Pro Max.

Ia juga menawarkan menawarkan paparan Super Retina XDR ProMotion.

Peranti berkenaan turut dilengkapi dengan penggunaan pengecas berasaskan USB-C dan pengenalan kepada butang 'Action Button' menggantikan suis deringan yang diletakkan di bahagian tepi.

PERANTI ini dikuasakan dengan cip A17 Pro serta berupaya untuk melaksanakan pelbagai tugasan serentak.
PERANTI ini dikuasakan dengan cip A17 Pro serta berupaya untuk melaksanakan pelbagai tugasan serentak.

Menerusi Action Button, pengguna boleh melakukan tetapan untuk ia menjadi kekunci pintas untuk melakukan beberapa perkara antaranya bagi membuka kamera, mengakses sesuatu Shortcuts dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 6:20 AM