Muhammad Saufi Hassan

 

 

Permainan popular, Clash of Clan (CoC) melancarkan kandungan terhad yang bercirikan kepada karektor zodiak masyarakat Cina, iaitu Arnab.

  Ia sekali gus menandakan sambutan Tahun Baru Cina daripada judul permainan berkenaan yang turut sama-sama memeriahkan musim perayaan ketika ini.

  Kandungan terhad itu juga turut membabitkan karektor hero, pemandangan di kawasan 'Town Hall' dan dekorasi sesuai dengan musim perayaan.

  Sebagai judul permainan yang sudah berada di pasaran lebih 10 tahun, CoC sentiasa mengutamakan kandungam berkualiti khusus untuk pemain.

  Menerusi kandungan terhad itu, pembangun permainan iaitu Supercell turut memperkenalkan imej Lunar Queen yang mengekalkan siri persis Arnab bersama 'skin' hero yang sama.

  Pemandangan kawasan 'Town Hall' juga turut menggunakan siri perayaan yang sama dan pemain boleh mengubahsuai mengikut kreativiti masing-masing.

  Pengenalan kandungan terhad perayaan itu bermula pada tahun 2020 dan ia diselaraskan pada 2022 dengan penggabungan zodiak menerusi pengenalan Raja Harimau (Tiger King) sempena Tahun Harimau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2023 @ 8:58 PM