Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Skrin paparan kategori permainan sememangnya menawarkan keupayaan penghasilan kesan visual yang lebih baik.

  Terkini, permainan berkonsep RPG iaitu sekuel kepada Monster Hunter World (MHW), Monster Hunter Rise (MHR) menawarkan pengalaman RPG malah menjadi kegilaan baharu kepada penggemar permainan video.

  Judul permainan itu juga mencatatkan 10 permainan paling laris sejak ia dilancarkan awal bulan lalu.

  Untuk pengalaman yang lebih baik serta permainan 'immersive', MSI menawarkan tiga variasi skrin paparan keluarannya iaitu MAG274QRF-QD, MPG343CQR dan MPG321UR-QD.

  Pada masa sama, MSI turut melancarkan kempen pembelian produk terpilih dan pengguna boleh melakukan penebusan untuk permainan MHR.

  Pemain yang gemar konsep RPG bersifat terperinci ini mencuba judul permainan ini kerana ia menampilkan ciri kombinasi pertempuran yang unik.

  Berbeza dengan konsep RPG yang ditawarkan oleh judul lain, MHR lebih mementingkan dinamik pertempuran dengan kombinasi tempur bersama-sama kelebihan skil karektor masing-masing.

  Maka, tidak hairanlah MHR menjadi permainan paling 'hype' untuk suku pertama tahun ini malah menjadi judul yang dinantikan sejak diperkenalkan.

  Bagi pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung kempen MSI boleh melayari pautan

https://msi.gm/MY_MHR_Promotion.

  Untuk melihat produk terpilih untuk kempen berkenaan, pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari https://msi.gm/HM_MPG343CQR.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 11:41 PM