Muhammad Saufi Hassan

Pengeluar cip pemproses terkemuka, Intel memperkenalkan generasi baharu cip keluaran mereka dengan kod produk 'Alder Lake' sekali gus menjadi pemproses paling berkuasa setakat ini.

  Menerusi cip pemproses Intel Core Generasi Ke-12 turut melancarkan enam variasi bagi kategori desktop dengan cip paling berkuasa mereka iaitu Intel Core i9-12900K yang mengatasi pesaing mereka.

  Cip itu berupayaan dengan prestasi pecutan sehingga 5.2GHz bersama-sama 16 teras dan 24 'threads' memberikan nilai prestasi terbaik.

  Pemproses berkenaan bukan saja menunjukkan keupayaan terbaik untuk segmen permainan, malah bagi penyedia kandungan termasuk tugasan kompleks, ia mampu melancarkan tanpa sebarang masalah kepada pengguna.

  Naib Presiden Eksekutif Intel Gregory Bryant berkata, seni bina hibrid menerusi prestasi pemproses Intel Core Generasi Ke-12 ini adalah hasil daripada anjakan seni bina sekali gus memberi lebih banyak kuasa prestasi.

  "Ia juga adalah hasil kejuruteraan bersama dan cip baharu ini memberikan keupayaan terbaik dalam kelasnya malah untuk Intel Core i9-12900K adalah yang terbaik di dunia setakat ini," katanya.

  Untuk segmen permainan, pemproses berkenaan memberi kuasa 25 peratus lebih baik dalam aspek kadar bingkai sesaat (FPS) untuk judul Troy: A Total War Saga, 28 peratus lebih baik untuk Hitman 3 dan 23 peratus bagi judul baharu Far Cry 6.

  Bagi pengguna penyedia kandungan pula, Intel Core Generasi Ke-12 ini menawarkan suntingan video yang lebih pantas sehingga 32 peratus, sintesis model 3D lebih 37 peratus dan sintesis pelbagai bingkai lebih 100 peratus.

  Pemproses baharu ini juga menjadi peneraju industri pada hari ini apabila pengguna boleh melakukan talaan keupayaan hasil kecekapan teras dan seni reka memori DDR5.

  Intel juga memperkenalkan ciri baharu untuk talaan prestasi dengan perisian Intel Extreme Tuning Utility (XTU) 7.5 bersama-sama dengan Intel Extreme Memory Profile (XMP) 3.0 dengan sokongan DDR5.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 4:35 PM