ORGANISASI bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan dorong adaptasi digital dengan rangkuman lebih luas.
ORGANISASI bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan dorong adaptasi digital dengan rangkuman lebih luas.
Muhammad Saufi Hassan


Ketika negara di rantau Asia Tenggara (Asean) terus bergelut dengan impak pasca pandemik Covid-19, ia memberi kesan terhadap ekonomi dan cara organisasi bertindak balas.

Ia juga memberi keupayaan kepada organisasi untuk bertindak balas dengan cepat terhadap perubahan, sekali gus membolehkan proses adaptasi digital itu berlaku dengan rangkuman yang lebih luas.

Sisi positif yang dapat dilihat selepas pandemik ini berakhir kelak adalah proses digitalisasi itu berlaku dengan lebih pantas, malah hampir semua organisasi serta pekerja mampu untuk bergerak biarpun tidak berada pada persekitaran kerja fizikal.

Keadaan berkenaan memberi pengukuhan terhadap organisasi dalam menghadapi cabaran digital terutama selepas jaringan termaju, 5G dikomersialkan tidak lama lagi.

Pengurus Penyelidikan Kanan IDC Asean, Dharmaraj Sivalingam berkata, organisasi Asean semakin bukan sahaja mencari untuk berinovasi dan menjana pendapatan daripada produk dan perkhidmatan digital, tetapi juga untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem industri yang sentiasa berkembang dan berkembang.

"Kami akan melihat lebih banyak perusahaan Asean pada masa hadapan menjalin perkongsian dan kerjasama dengan pemain ekosistem untuk memperoleh nilai daripada data dikongsi, aplikasi dan inisiatif operasi.

"Ini hanya akan membawa kepada kelahiran produk, perkhidmatan yang inovatif serta pembabitan dan pengalaman yang lebih baik untuk pelanggan," katanya.

BANYAK perusahaan Asean pada masa hadapan menjalin perkongsian dan kerjasama dengan pemain ekosistem untuk memperoleh nilai daripada data dikongsi, aplikasi dan inisiatif operasi.
BANYAK perusahaan Asean pada masa hadapan menjalin perkongsian dan kerjasama dengan pemain ekosistem untuk memperoleh nilai daripada data dikongsi, aplikasi dan inisiatif operasi.

IDC iaitu sebuah firma kajian serta penyelidikan pasaran menggariskan beberapa ramalan berhubung keadaan semasa sepanjang tahun ini.

Untuk itu, IDC menggariskan jangkaan awal di mana peraturan digital menjelang 2023 akan diperkenalkan dengan pengukuhan yang lebih terangkum.

Satu daripada tiga syarikat akan menjana lebih daripada 15 peratus pendapatan mereka daripada produk serta perkhidmatan digital berbanding satu daripada enam pada 2020.

Organisasi juga akan meneruskan pengukuhan serta keupayaan dalam bidang keselamatan khususnya apabila kerangka siber yang mudah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menjelang 2023, 35 peratus organisasi akan memperuntukkan separuh daripada belanjawan keselamatan mereka kepada ekosistem serta platform merentas teknologi.

PENGUKUHAN terhadap organisasi dalam menghadapi cabaran digital terutama selepas jaringan termaju, 5G dikomersialkan tidak lama lagi.
PENGUKUHAN terhadap organisasi dalam menghadapi cabaran digital terutama selepas jaringan termaju, 5G dikomersialkan tidak lama lagi.

Ia akan direka untuk penggunaan pantas serta keupayaan keselamatan bagi memacu inovasi yang mampan.

Jangkaan juga diberikan khusus untuk penyediaan ekosistem pintar apabila secara purata, 30 peratus daripada 500 hasil syarikat teratas Asean diperoleh daripada data perkongsian ekosistem industri, aplikasi dan inisiatif operasi pada 2026.

Melihat kepada keadaan semasa, infrastruktur digital adalah teras kepada perusahaan masa depan.

Menjelang 2025, diramalkan ledakan enam kali dalam beban kerja, sekali gus membawa kepada 65 peratus daripada 500 syarikat teratas Asean menggunakan rangka kerja tadbir urus seni bina yang konsisten untuk memastikan pelaporan pematuhan dan audit.

Itu antara jangkaan yang akan berlaku untuk beberapa tahun akan datang pasca pandemik, sekali gus memperlihatkan pengukuhan bidang digital itu terus berlaku.

Ia juga selari dengan kemajuan teknologi pada hari ini apabila setiap industri sudah mula melakukan hibrid kepada automasi untuk penugasan yang lebih sistematik.

SATU daripada tiga syarikat akan menjana lebih daripada 15 peratus pendapatan mereka daripada produk serta perkhidmatan digital.
SATU daripada tiga syarikat akan menjana lebih daripada 15 peratus pendapatan mereka daripada produk serta perkhidmatan digital.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 6:30 AM