MBSB Bank tampil melancarkan kempen ‘Winners Are Dreamers’ dan ‘Dare to Dream’. - FOTO Hiasan
MBSB Bank tampil melancarkan kempen ‘Winners Are Dreamers’ dan ‘Dare to Dream’. - FOTO Hiasan
Muhammad Asyraf Khalib

INSTITUSI perbankan adalah antara entiti penting yang berperanan mendorong sistem kewangan negara agar kekal progresif dan inklusif. 

Dengan mengambil kira situasi ekonomi yang berubah-ubah serta peranan utama kewangan dalam kemajuan sosioekonomi negara, bank perlu menyesuaikan produk dan perkhidmatan mereka mengikut keperluan semasa pengguna.

Di Malaysia, MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) ialah  salah satu institusi perbankan yang menjadi pilihan ramai pengguna menerusi pelbagai tawaran kemudahan perbankan yang menarik dan patuh syariah.

Terbaharu, MBSB Bank tampil melancarkan kempen 'Winners Are Dreamers' dan 'Dare to Dream' yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada. 

Winners Are Dreamers

Menerusi kempen 'Winners Are Dreamers', pemenang bertuah berpeluang menikmati percutian empat hari tiga malam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk lapan pasangan ke England yang dibiayai penuh oleh MBSB Bank.

Justeru, jangan lepaskan peluang merebut hadiah pakej percutian istimewa ini dengan hanya mendaftar mana-mana produk MBSB Bank seperti di bawah bermula sekarang hingga 31 Januari 2024. Setiap pendaftaran produk akan mendapat satu peluang untuk menang!

- Deposit Bertempoh-i

- Deposit Bertempoh Junior-i

- Akaun Simpanan M-Junior-i

- Akaun Simpanan-i

- Pembiayaan Peribadi-i

- Pembiayaan Pendidikan-i

- Pembiayaan Hartanah-i

- Takaful

- e-Wallet

Selain itu, MBSB Bank turut menawarkan 8,000 unit rantai kunci Kejohanan MBSB Bank yang eksklusif bagi setiap transaksi perbankan terbabit, sementara stok masih ada.

Paling penting, ia bukan sekadar rantai kunci biasa, tetapi bakal menjadi simbolik minat dan cinta anda kepada kelab bola sepak serta sesuai dibawa ke mana sahaja.

Ketahui lebih lanjut mengenai kempen 'Winners Are Dreamers', layari pautan ini.

Dare to Dream

Sementara itu, bagi ibu bapa yang ingin merancang untuk membuka akaun simpanan buat anak-anak, anda disarankan untuk mendaftarkan mereka Akaun Simpanan M-Junior-i

Ini kerana, MBSB Bank turut melancarkan kempen 'Dare to Dream' yang menawarkan peluang untuk anak anda berlatih dengan Kelab Bola Sepak Wolverhampton Wanderers, yang lebih dikenali sebagai Wolves.

Ini adalah peluang untuk mereka belajar daripada yang terbaik dan menyemarakkan impian mereka untuk menjadi bintang bola sepak kelak. 

Dengan mendaftar Akaun Simpanan M-Junior-i, anda juga berpeluang menikmati kadar keuntungan sebanyak 2.25 peratus untuk simpanan dan beg sekolah eksklusif dengan deposit minimum sebanyak RM1,000. 

Tawaran ini terbuka kepada pelanggan MBSB Bank baharu dan sedia ada di bawah umur 18 tahun. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen 'Dare to Dream', layari pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 12:26 PM